Topik 6 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan

 

        Penasihatan murid secara dasarnya harus dikuasai oleh semua guru di sekolah sebagai strategi menyelesaikan masalah terutama berkaitan hal murid.

Kaunseling merupakan interaksi antara kedua pihak iaitu kaunselor dan klien atau pelajar yang berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka. 

Penasihatan merupakan proses menasihati individu dan kumpulan tanpa memikirkan perasaan individu tersebut.



Peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah : 

  • Pembangunan sahsiah diri murid
  • Peningkatan disiplin diri murid
  • Perkembangan kerjaya
  • Program psikososial
Langkah yang boleh dilakukan dalam proses bimbingan kaunseling :
  1. Proses membina hubungan antara kaunselor dan klien
  2. Proses penstrukturan
  3. Proses penerokaan masalah
  4. Proses memilih alternatif penyelesaian dan tindakan
  5. Proses penamatan dan susulan
Fungsi PRS :
  • Menjadi peninjau kepada kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling
  • Menjadi peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan persekitaran
  • Membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan tugas bimbingan dan penasihatan di sekolah
  • Menjadi penghubung antara rakan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
  • Memberi sokongan , dorongan dan galakan kepada rakan untuk membuat perkara yang positif
  • Mendengar dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa
Kriteria dalam pemilihan PRS :
  1. Mempunyai minat dan komitmen dalam membantu diri dan rakan
  2. Mempunyai ciri serta personaliti PRS
  3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
  4. Berketerampilan dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum

        Dalam sesebuah sekolah, pengurusan bimbingan kaunseling dan penasihatan sememangnya merupakan satu aspek yang dominan. Guru-guru yang cemerlang bukan sahaja cemerlang dalam pengajaran tetapi juga mempunyai kemahiran kaunseling. Hal ini dikatakan demikian kerana guru hendaklah sentiasa memerhati keadaan setiap pelajar dan membantu pelajar yang menghadapi masalah. Guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bimbingan dan penasihatan serta harus melakukan tugas kaunseling kepada pelajar yang memerlukan. Kadang kala kaunseling bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga guru-guru yang menghadapi masalah juga boleh mendapat kaunseling dan penasihatan yang sewajarnya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik 10 : Pengurusan Sekolah Selamat

Topik 4 : Pengurusan Bilik Pembelajaran