Topik 11 : Pengurusan Pencegahan Dadah

 

        Dadah merupakan bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubah suai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.


DASAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara.

Matlamat PPDA :

  • Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran menentang bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV serta bahan terlarang lain yang boleh merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH adalah Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan sahsiah. PPDA merupakan satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain.

Perkara yang dicegah : 
  1. Dadah
  2. Rokok
  3. Vape
  4. Inhalan gam
  5. Alkohol
  6. HIV
Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah :
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman & kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah
  • Membina kefahaman & jati diri yang tinggi dari segi fizikal, emosi, mental & rohani
  • Membolehkan murid membentuk budaya & tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni
  • Melibatkan & mewujudkan pemuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah

Faktor pengambilan dadah di sekolah :
  1. Persekitaran
  2. Rakan sebaya
  3. Media massa
  4. Kurang didikan agama
  5. Tekanan jiwa
  6. Tiada/Kurang pengetahuan

        Tidak dinafikan bahawa dadah merupakan bahan yang membahayakan kesihatan semua orang. Dalam hal ini, tindakan pencegahan dadah seyogianya dilakukan terutamanya terhadap murid-murid yang masih muda. Bukan sahaja dadah tetapi rokok, vape, sex bebas dan lain-lain juga perlu dicegah oleh pihak yang berkenaan. Pihak sekolah memainkan peranan yang dominan untuk memastikan murid-murid menjauhi diri daripada perkara yang negatif ini. Dalam usaha ini, PPDa seharusnya diteliti atau disemak dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian masa dan kesan yang diterima. Murid-murid merupakan generasi yang akan menyumbang dalam negara pada masa hadapan. Oleh itu, sahsiah dan tingkah laku murid-murid seyogianya dikawal dan dipantau agar mereka tidak melibatkan diri dalam gejala sosial.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik 10 : Pengurusan Sekolah Selamat

Topik 4 : Pengurusan Bilik Pembelajaran

Topik 6 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan