Topik 2 : Pengurusan Bilik Darjah

 

Apakah pengurusan bilik darjah ?

        Pengurusan bilik darjah ialah cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekalli gus mengurangkanmasalah tingkah laku.



Amalan Pengurusan Bilik Darjah

  1. Mneggalakkan tingkah laku murid yang sesuai para guru perlu menjalinkan hubungan interpersonal dengan murid
  2. Perlu membentuk suasana pembelajaran yang positif
  3. Pelajari tentang murid
  4. Merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian
  5. Menyusun atur sumber dan fasiliti bilik darjah
  6. Merancang dan menyusun pengajaran dan pentaksiran
  7. Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid
  8. Merefleksi amalan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan bilik darjah merangkumi aspek fizikal, psikososial, emosi, teknikal dan kemanusiaan.

Masalah disiplin terbahagi kepada dua iaitu destruktif dan discuptif.

Jenis masalah disiplin adalah seperti:
  • Melawan
  • Memukul
  • Mencederakan
  • Vandalisme
  • Mencuri
  • Menggugat rakan sebaya/guru/rakan kelas
  • Menggunakan perkataan lucah
Peralatan di dalam bilik darjah ialah :
  • Aturan meja berkumpulan
  • Sudut kriteria kejayaan
  • Jadual waktu kelas
  • Jadual bertugas
  • Peraturan bilik darjah
  • Sudut hasil kerja pelajar
  • Sudut maklumat
  • Ruang santai
  • Sudut air minuman
        Bilik darjah boleh diibaratkan sebuah "rumah" bagi pelajar-pelajar di sekolah. Oleh itu, pengurusan bilik darjah perlulah dilakukan dengan baik oleh para guru. Sebagai seorang guru yang baik seharusnya menjadi teladan bagi pelajar dalam bilik darjah untuk memastikan disiplin dalam bilik darjah. Susunan tempat duduk pelajar amat penting kerana ini menjejaskan prestasi dan perhatian pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran. Keselesaan, keselamatan dan kebersihan semuanya adalah aspek yang vital dalam pengurusan bilik darjah. Ini membolehkan pelajar mempelajari dalam suasana dan keadaan yang selesa dan ceria. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah tidak boleh diabaikan oleh semua guru dan hendaklah mematuhi sesuatu yang telah ditetapkan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik 10 : Pengurusan Sekolah Selamat

Topik 4 : Pengurusan Bilik Pembelajaran

Topik 6 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan