Topik 7 : Pengurusan Pelbagai Budaya


        Pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.



Cabaran yang wujud dalam pelbagai kaum di sekolah :

  1. Kesukaran untuk berkomunikasi antara pelajar berlainan kaum
  2. Sukar mewujudkan persefahaman antara pelajar
  3. Jumlah pelajar yang ramai menyukarkan guru memberikan fokus sepenuhnya dalam pengurusan pelbagai budaya
Peranan guru dalam pengurusan pelbagai budaya murid adalah :
  1. Memberikan pendedahan awal
  2. Agen sosialisasi
  3. Penggalak dalam tugasan atau aktiviti berkumpulan
Sekolah yang berlainan jenis dapat menangani pelajar pelbagai sosio budaya melalui Pertandingan yang bertemakan kebudayaan, Program pengucapsn awam, Memperkasakan Bahasa Melayu dan Nyanyian lagu patriotik.

Langkah yang boleh diambil oleh warga sekolah agar konsep pelbagai budaya boleh difahami oleh masyarakat/pelajar adalah :
  • Mewujudkan kelab yang berkonsepkan pelbagai budaya 
  • Mengadakan program atau aktiviti yang berkonsepkan pelbagai budaya
  • Pendekatan pembelajaran yang bersesuaian
Empat peranan guru dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah :
  1. Penyampai ilmu kenegaraan
  2. Penyampai ilmu kebudayaan
  3. Penyampai ilmu perpaduan
  4. Menjadi suri teladan kepada pelajar
Tujuan utama pengurusan pelbagai budaya yang disematkan dalam setiap sekolah :
  • Mendedahkan kepada para pelajar untuk memahami dan mengenal akan kepelbagaian budaya
  • Mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain
  • Mewujudkan kesedaran tolerensi, pemahaman dan pengetahuan di kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan budaya.
         Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Dalam hal ini, isu perpaduan merupakan isu yang sereing dibincangkan. Oleh itu, pelajar di sekolah merupakan generasi yang akan menyumbang dalam pembangunan negara. Dengan demikian, pemupukan perpaduan dalam diri pelajar perlu disemai sejak kecil lagi. Pengurusan pelbagai budaya perlu dijalankan dengan baik supaya pelajar-pelajar yang pelbagai budaya dapat hidup bersama dengan mesra dan harmoni. Akhir sekali, pengurusan pelbagai budaya perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah bagi mewujudkan suasana kelas atau sekolah yang aman damai.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik 10 : Pengurusan Sekolah Selamat

Topik 4 : Pengurusan Bilik Pembelajaran

Topik 6 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan