Topik 3 : Pengurusan Pusat Sumber
Konsep pengurusan sumber
Satu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa serta mempunyai perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran.
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan :
- Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
- Terdapat berbagai aktiviti galakkan penggunaan PSS
- Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdP
- Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
- Warha sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS
- Warga sekolah faham PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
- Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik
Peranan Pengurusan Sumber adalah peranan sebagai menganjurkan pelbagai program dan peranan sebagai pusat profesional.
Cara mengatasi kelemahan pengurusan sumber di sekolah :
- Penubuhan AJK dan pelantikan kakitangan
- Latihan dan bengkel untuk kakitangan
- Mewujudkan rekod pengiliran dan pinjaman
Cara menarik minat pelajar untuk mengunjungi dan membaca buku di pusat sumber adalah sentiasa mengemaskini bahan bacaan, pelbagaikan aktiviti yang menarik minat pelajar dan menyediakan tempat yang bersih dan selesa.
Usaha dalam menjadikan pusat sumber terus relevan menjadi tempat sumber bacaan :
- Program membaca 15 minit
- Pertandingan nilam
- Mengubahsuai pusat sumber kepada pusat abad 21
- Menghantar buku ke setiap kelas
- Sentiasa memperbaharui bahan bacaan
Pemupukan minat pelajar untuk belajar adalah peranan penting di sekolah. Dalam hal ini, pengurusan sumber yang berkesan dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar di tempat yang disediakan untuk memaksimumkan penggunaan bilik bacaan. Tidak dinafikan bahawa pelajar-pelajar memang tertarik dengan sesuatu yang baharu. Oleh itu, pelbagai jenis aktiviti atau program seharusnya diadakan secara berkala untuk memupuk tabiat pelajar yang disiplin. Akhir sekali, pengurusan sumber yang efektif dan efisien merupakan tangga untuk pelajar menuju ke arah yang cemerlang dan mencapai matlamat.
Ulasan
Catat Ulasan