Topik 1: Pengurusan Murid

   

 Apakah itu pengurusan murid ?  

    Pengurusan Murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.

Proses pengurusan murid terdiri daripada :

  • Perancangan (planning)
  • Pengelolaan (organising)
  • Pentadbiran atau memimoin (leading)
  • Pengawalan atau pemulihan (controlling)
Elemen yang penting dalam pengurusan murid adalah Pengurusan Rekod Murid, Kesediaan belajar dan Memotivasikan Murid.

Rekod Murid boleh dilakukan melalui secara manual (rekod kesihatan, rekod kehadiran, rekod kutipan yuran dan sebagainya) dan secara online (Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM).

Tujuan pengurusan rekod murid :
  • Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
  • Sebagai panduan guru
  • Memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
  • Panduan kepada pelajar
  • Sebagai panduan ibu bapa
Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman yang baru. Jenisnya terdiri daripada kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor.


Motivasi merupakan keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Jenisnya terdiri daripada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
 
Kepentingan Motivasi                                          
  • Memberi keyakinan kepada pelajar
  • Menjelaskan tujuan yang ingin dicapai
  • Menentukan ketekunan belajar
  • Mendorong murid untuk bertindak
Faktor mempengaruhi motivasi
  • Faktor kesempurnaan kendiri
  • Faktor emosi
  • Suasana pembelajaran                                                                           
Cara memotivasikan murid
  • Wujudkan suasana kelas yang kondusif
  • Tentukan sasaran pencapaian
  • Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran
Pada pendapat saya, pengurusan murid merupakan satu aspek yang dianggap amat penting dalam sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan murid yang berkesan dapat melancarkan pentadbiran sekolah dan prestasi sekolah juga dapat ditingkatkan. Dalam hal ini, semua pihak sekolah perlulah mengikut panduan yang ditetapkan untuk melakukan sesuatu yang sewajarnya. Motivasi merupakan satu aspek yang penting dalam pengurusan murid. Ini disebabkan motivasi merupakan satu energi yang hendak diberikan kepada pelajar supaya mereka minat dalam belajar. Akhir sekali, kerjasama antara semua pihak sekolah amat dominan untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik 10 : Pengurusan Sekolah Selamat

Topik 4 : Pengurusan Bilik Pembelajaran

Topik 6 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan