Topik 4 : Pengurusan Bilik Pembelajaran

 

        


        Pengurusan bilik pembelajaran merupakan salah satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan dan suasana bilik pembelajaran yang baik. 

      Bilik pembelajaran adalah seperti makmal sains, makmal komputer, bilik muzik, makmal fizik, makmal kimia dan tempat-tempat lain yang seumpama dengannya. 

BILIK DARJAH - Merupakan tempat berlakunya PdPc untuk hampir semua mata pelajaran. Juga merupakan tempat tetap pelajar apabila berada dalam waktu PdP kecuali mereka perlu bergerak ke tempat lain seperti ke bilik pembelajaran.

BILIK PEMBELAJARAN - Merupakan bilik khas iaitu selain daripada bilik darjah yang disediakan mengikut jenis mata pelajaran. Sebagai contoh, bilik muzik, makmal sains dan sebagainya.

Fokus utama yang ditekankan untuk menggalakkan pembelajaran dalam bilik pembelajaran :

  • Menyusun meja di dalam bilik pembelajaran menggunakan konsep mentor & menti
  • Mewujudkan keadaan yang kondusif
  • Wujudnya disiplin dan pengurusan fizikal dalam kalangan murid
Pengurusan bilik pembelajaran yang baik penting untuk :
  • Memenuhi keperluan pelajar dan guru serta seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kelengkapan peralatan dan alat membantu mengajar dapat meningkatkan potensi diri dan kemahiran pelajar.
  • Mendidik pelajar untuk beretika dan berdisiplin iaitu pelajar yang sentiasa menjaga kebersihan, mematuhi peraturan dan peka terhadap persekitaran.
Siapakah yang tergolong dalam orang keperluan khas ?
  • Autisme
  • Buta
  • Disleksia
  • Lembab
  • Diskalkulia
  • Sindrom down
  • Pekak
  • Adhd
Aspek utama pengurusan bilik pembelajaran bagi murid berkeperluan khas (MBK) :
  1. Keselamatan
  2. Lokasi bilik pembelajaran
  3. Keluasan bilik
        Bilik pembelajaran merupakan satu kemudahan yang patut disediakan untuk melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran. Seseorang guru bukan sahaja mengatur bilik darjah tetapi juga berperanan untuk mengatur bilik pembelajaran. Keselamatan, kebersihan dan kepentingan pelajar di dalam bilik pembelajaran perlu diberi keutamaan terutamanya dalam bengkel teknikal yang mempunyai unsur bahaya. Dalam hal ini, para guru hendaklah menyedari dan mempelajari cara mengurus bilik pembelajaran bagi pelajar yang pelbagai upaya. Akhir sekali, guru-guru seyogianya bijak dalam pemgurusan bilik pembelajaran demi sesuai dengan keperluan semasa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik 10 : Pengurusan Sekolah Selamat

Topik 6 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan